Saturday 14 January 2012

MAKLUMAT : PENYERAHAN BANTUAN BR1M FASA 1

Untuk makluman semua penduduk setempat yang telah mengisi borang permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, jika anda telah menerima surat penerimaan BR1M tersebut, anda merupakan salah seorang penerima bantuan ini bagi Fasa I.

Surat tersebut akan diberi oleh wakil JKKKP  tempat anda. Diminta agar anda membawa bersama surat tersebut pada tarikh yang tertera untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini. 




PERLU DIINGAT!! 

-Sila bawa bersama KAD PENGENALAN yang ASAL semasa pendaftaran.

-Sekiranya penerima meninggal dunia dunia, wakil kepada si mati perlu mengemukakan bukti sebagai ahli keluarga dengan membawa :
  • SIJIL KEMATIAN (ASAL DAN SALINAN)
  • KAD PENGENALAN WAKIL (ASAL DAN SALINAN)
  • SIJIL KELAHIRAN WARIS (ASAL DAN SALINAN)
  • SIJIL NIKAH SI MATI (ASAL DAN SALINAN) - jika ada

-Sila bawa surat jemputan penerimaan BR1M semasa pendaftaran.



No comments: